Kanser Usus- Tanda-Tanda & Gejala.
Sama
 ada darah itu berwarna merah atau hitam dan bercampur najis, atau 
semata-mata darah yang keluar dari dubur, ia petanda utama seseorang itu
 berisiko menghidap kanser usus besar.
Lebih
 membimbangkan jika petanda itu turut disertai perubahan tabiat ke 
tandas daripada sehari kepada tiga hingga empat kali sehari dan berasa 
tidak selesa.
Seperti
 yang pernah dipaparkan dalam rancangan Medik TV episod 14, tiada jalan 
pintas untuk bebas daripada belenggu petanda seperti itu, melainkan 
membuat pemeriksaan doktor dan menjalani pembedahan.
Jika
 terus alpa, natijahnya ia berisiko untuk berlarutan ke tahap ketiga 
sehingga ke tahap terakhir yang memerlukan rawatan kemoterapi atau 
berdepan risiko sukar disembuhkan.
Pakar
 Bedah Am Hospital Pakar Johor, Johor Bahru, Dr Ballan Kannan, berkata 
kebanyakan kanser usus besar berlaku di bahagian rectum dan sigmoid 
colon.
Katanya, berdasarkan pengalamannya, dua daripada setiap tiga kes membabitkan bahagian berkenaan.
“Selebihnya
 boleh berlaku di mana-mana tempat sepanjang usus besar, terutama di 
bahagian cecum dan tranverse colon,” katanya yang berpengalaman 10 tahun
 dalam bidang pembedahan, terutama membabitkan kanser usus besar.
Ballan berkata, faktor usia, cara pemakanan tidak betul, keturunan dan ketumbuhan polip (sejenis
 ketumbuhan yang tumbuh pada dinding usus besar) yang berubah menjadi 
kanser adalah penyumbang kepada penyakit kanser usus besar.
Katanya,
 penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas, 
berbangsa Cina dan mempunyai latar belakang keluarga yang pernah 
menghidap kanser.
“Justeru,
 sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berisiko perlu membuat 
kolonoskopi screening (pemeriksaan bahagian dalaman seluruh kolon dan 
rektum menggunakan alat bercahaya fibre optik mudah lentur yang 
dimasukkan melalui dubur) sebulan sekali.
“Pemeriksaan itu dapat mengesan ketumbuhan pada usus besar dan berkeupayaan membuang polip,” katanya.
Ballan
 berkata, golongan berisiko menghidap penyakit itu digalakkan tidak 
memakan makanan berkarbohidrat tinggi, sebaliknya memperbanyakkan 
makanan serat.
Dalam
 episod 14 tersebut, seorang pesakit kanser usus besar berusia awal 
50-an bertindak bijak apabila melakukan pemeriksaan selepas menyedari 
ada yang tidak kena pada dirinya.
Pesakit
 yang enggan dikenali itu berdepan petanda kanser usus besar dan 
pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidapnya, tetapi masih di 
peringkat awal.
Ballan berkata, jika kanser berjaya dikesan di peringkat awal, bentuk rawatan paling sesuai adalah pembedahan.
Katanya, selain kolonoskopi, pesakit perlu melalui pemeriksaanechocardiogram sebelum menjalani pembedahan.
“Tujuan pemeriksaan ini untuk mengesan keadaan jantung pesakit.
“Kebiasaannya,
 ujian ini disarankan oleh pakar sebelum atau selepas pembedahan dan 
hasil ujian dihantar kepada doktor terbabit (dengan pembedahan),” 
katanya.
Selepas
 pesakit menjalani dua pemeriksaan itu, pakar bius akan memainkan fungsi
 dalam membantu mengurangkan kesakitan pesakit selepas sedar daripada 
pembedahan.
Sebelum
 pembedahan dimulakan, insisi dibuat pada perut pesakit selepas 
kedudukan kanser di usus dikesan bagi memudahkan doktor mengeluarkan 
usus berkenaan.
Jika
 ketumbuhan pada kiri atau kanan usus, insisi melintang dilakukan tetapi
 jika ketumbuhan pada usus sebelah atas, insisi dilakukan dalam keadaan 
menegak.
Buang
Ballan berkata, pesakit dirawatnya dikesan ada ketumbuhan pada usus besar sebelah kiri dengan kedudukannya di bahagian hujung.
Katanya, sebahagian usus besar pada bahagian ini dibuang dan disambungkan semula.
“Usus
 besar dikeluarkan daripada perut supaya mudah diasingkan, manakala 
salur darah pada usus diikat dan diasingkan dengan teliti bagi mengelak 
kehilangan banyak darah.
“Lemak
 yang melekat pada usus besar perlu diasingkan, tetapi tidak perlu 
dibuang kerana ia berfungsi sebagai penebat usus,” katanya.
Untuk
 peringkat seterusnya, ketumbuhan dari usus akan dikeluarkan dan sel 
kanser yang terlekat di bahagian hujung akan dibersihkan.
Sejenis
 alat dikenali alat ditomi digunakan dan ia berfungsi sebagai alat 
pemotongan menggunakan arus elektrik yang mampu mengurangkan kerosakan 
pada salur darah serta masalah pendarahan.
Selepas
 itu, bahagian usus besar yang hendak disambung semula dibersihkan dan 
proses penyambungan dilakukan menggunakan sejenis alatan canggih, 
“stapler usus”.
Ballan berkata, penggunaan stapler ini menggantikan kaedah jahitan dan ia lebih efisien, mudah dan cepat.
“Alat ini juga mampu mengurangkan risiko kebocoran pada usus selepas penyambungan,” katanya.
Justeru,
 mana-mana pesakit kanser usus besar yang takut menjalani pembedahan 
kerana beranggapan rutin harian mereka dibelenggu dengan kolostomi, 
iaitu beg yang dilekat pada bahagian luar badan, tidak perlu bimbang 
lagi.
Ini
 kerana, dengan penggunaan stapler ini, kolostomi tidak perlu digunakan 
lagi, malah penggunaannya hanya tiga peratus dan bersifat sementara.
Apabila
 selesai proses penyambungan itu, insisi di bahagian perut pesakit 
terbabit dijahit semula, manakala spesimen yang dikeluarkan akan dibawa 
ke makmal untuk ujian biopsyThese statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email yahoo : ann_7989@yahoo.com
gmail : angelasupplement@gmail.com
Call /whatapps : 014-6867989




No comments:
Post a Comment